"Hampir 24 Jam Isteri Lawan Sakit…" - Ade Govinda Syukur Anak Lelaki Selamat Dilahirkan
Komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ade Govinda, tidak mampu menyembunyikan rasa sebak dan syukur selepas isterinya, Indi Arisa, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Karel.
Berkongsi pengalaman indah tetapi penuh emosi itu, Ade, 41, meluahkan rasa kagum yang tidak terhingga terhadap kekuatan seorang wanita bergelar ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan isteri tercinta berjuang di dewan bersalin hampir 24 jam.
Ade berkongsi, ini adalah kali pertama dia berada di sisi isteri sepanjang proses kelahiran berlangsung — dari awal hinggalah detik si kecil selamat melihat dunia.
“Saya berpeluang menyaksikan secara langsung semua proses kelahiran dari A hingga Z sepanjang hampir 24 jam isteri saya menahan sakit. Betapa hebat dan kuatnya sosok seorang ibu,” jelasnya penuh rasa terharu.
Menurut Ade, pengalaman itu benar-benar membuka matanya tentang betapa besarnya pengorbanan seorang wanita demi melahirkan zuriat.

“Saya rasa beruntung dilahirkan sebagai lelaki kerana kami tidak perlu merasai sakit yang luar biasa itu,” luahnya jujur.
Ade turut menitipkan doa buat seluruh ibu di dunia agar mereka sentiasa dimuliakan dan diberi kekuatan dalam menghadapi saat getir melahirkan anak.
“Ya Allah, muliakanlah semua ibu di dunia ini,” tambahnya dengan penuh rasa insaf dan syukur.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 3 Ogos tahun lalu, dan kini kehadiran si kecil Karel melengkapkan lagi rumahtangga mereka yang baru setahun dibina.
Di media sosial, ramai rakan artis dan peminat dari Indonesia mahupun Malaysia membanjiri ruangan komen, mengucapkan tahniah serta mendoakan kesihatan buat Indi dan bayi mereka.
Moga Karel membesar dengan sihat, menjadi anak soleh, penyejuk mata ibu ayah, dan permata hati keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!